Trading dan Investasi

ad1

Iklan Gratis

Tampilkan postingan dengan label Buku Agama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Buku Agama. Tampilkan semua postingan
Doa Imam Sajjad as ( 3 )

Doa Imam Sajjad as ( 3 )

Allahumma ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Berikanlah kepadaku kekuatan untuk melawan orang yang menzalimiku, dan berilah aku kemampuan berbicara melawan orang yang mencari pertengkaran denganku, dan berilah aku kekuatan untuk mengalahkan orang yang bersikap keras memaksakan kehendaknya kepadaku. Berikanlah kepadaku siasat untuk menghadapi orang yang berkomplot terhadap diriku dan berilah aku kemampuan melawan  orang yang memperlakukan buruk terhadap diriku.

Selamatkanlah aku dari orang yang mengancamku, condongkanlah hatiku untuk menaati orang yang berusaha meluruskan tindakanku dan mengikuti petunjuk orang yang menunjukiku.

Aameen.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur, 1997

Mutiara kata Imam Shadiq as

Mutiara kata Imam Shadiq as



1. Barangsiapa yang mempelajari ilmu dan mengamalkannya dan mengajar kerana Allah, maka dia didoakan di dalam malakut langit yang besar dan dikatakan: Dia belajar kerana Allah, beramal kerana Allah dan mengajar kerana Allah.

2. Barangsiapa yang jujur terhadap manusia dalam masalah yang menyangkut dirinya, maka dia akan disukai sebagai hakim bagi orang lain.

3. Sesungguhnya orang yang benar-benar melaksanakan amar ma’ruf nahiy munkar itu hanyalah orang yang memiliki ketiga sifat ini: yang memiliki ilmu tentang apa yang diperintahkan dan tentang hal yang dilarang baginya, yang adil dalam apa yang diperintahkan dan dalam apa yang dilarang untuknya, lemah lembut dalam menyuruh dan melarang.

4. Hasrat terhadap dunia mewariskan kebingungan dan kesedihan, sedang zuhud terhadap dunia bererti ketenangan hati dan kenyamanan jasmani.

5. Jihad adalah sesuatu yang paling baik sesudah menjalankan hal-hal yang fardhu.

6. Sesungguhnya amar ma’ruf dan nahiy munkar itu dua makhluk di antara makhluk-makhluk Allah. Maka barangsiapa yang membantunya, nescaya Allah akan membantunya dan barangsiapa yang meninggalkannya, Allah akan meninggalkannya pula.

7. Janganlah kamu membuat Allah marah hanya kerana ingin menyenangkan seseorang dan janganlah kamu mendekatkan diri kepada manusia dengan risiko  menjauhkan dirimu dari Allah.

8. Berbaktilah kepada bapak-bapakmu, nescaya anak-anakmu akan berbakti pula kepadamu dan rendahkanlah pandanganmu terhadap wanita-wanita (orang lain), nescaya orang lain juga akan merendahkan pandangannya terhadap wanita-wanitamu.

9. Seorang mukmin sepatutnya memiliki lapan sifat: tenang dalam kekacau-balauan, sabar dalam bencana, bersyukur ketika kelapangan, puas dengan apa yang direzeki Allah kepadanya, tidak menzalimi musuh, tidak membebani teman, badannya letih kerana dirinya, dan orang lain tidak menderita gangguan darinya.

10. Sebaik-baik ibadah adalah ilmu mengenai Allah dan rendah hati (tawadhu) terhadapNya.

11. Temanku yang paling kucintai adalah yang menunjukkan kepadaku keaiban-keaibanku.

13. Akhlak yang baik adalah sebahagian dari agama dan menambah rezeki.

Wallahu ‘alam.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 1997

Talkin

Talkin

Maha Suci Allah yang Maha Kiuasa lagi kekal tanpakesudahan. Maha Suci Allah yang telah mengaturkan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian supaya dapat dicuba dan diujinya siapakah di antara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebajikan. Maka segala derma bakti dan hasil dari amalan mereka itu, semuanya akan dapat dilihat satu persatu pada hari yang ditetapkan tuhan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

Segala sesuatu yang lain daripada Allah tetap kekal akan rosak dan binasa, kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allah jualah akan kembali sekalian kita. Maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan terlepas daripada azab api neraka. Seterusnya mendapat anugerah nikmat yang berkekalan di dalam syurga. Segala nikmat dan kesudahan yang bercorak keduniaan semuanya hanyalah pinjaman sementarawaktu jua.

Aku bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar ,dengan nama rasulNya yang mulia dan di atas agama Islam yang maha suci apa yang akan aku sebutkan ini adalah perkara yang telah dijanjikan oleh Allah swt dan amatlah benar segala rasul-rasulNya yang telah menyampaikan janji itu.

Wahai saudaraku….,,,semoga Allah kurniakan kasihan belasNya ke atas saudara. Ketahuilah bahawa segala nikmat dan kesedapan dunia telah hilang daripada saudara sekarang. Saudara telah masuk ke dalam sempadan akhirat dan tinggal di sini sehingga hari kiamat. Wahai saudaraku janganlah sekali-kali saudara lupakan pengakuan  dan penjanjian kita di dunia iaitu :


 
 Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang ditugaskan untuk memeriksa saudara dengan perintah Allah, janganlah saudara gentar dan takut kerana mereka juga makhluk Allah seperti saudara.  Mereka akan bertanya siapakah tuhan yang saudara sembah? Siapakah nabi saudara? Apakah iktikad dan kepercayaan saudara? Dan di atas agama apakah saudara hidup dan mati?

Katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benar. Bila ditanya lagi, jawablah juga Allah tuhanku  yang sebenar-benar. Bila ditanya lagi bagi kali ketiga iaitu yang terakhir maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa takut dan gentar kepada mereka: Allah tuhanku, Muhammad rasulullah nabiku, Islam agamaku, al-Quran pedoman dan ikutanku, Baitullah qiblatku, solat kewajipanku, sekalian orang Islam adalah saudaraku, nabi Ibrahim al-Khalil adalah bapa kepada agamaku. Hidup dan matiku adalah atas perkataan :



Ingat dan peganglah bersungguh-sungguh kata-kataku ini selama-lamanya. Ketahuilah saudara telah berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat  kelak. Sekiranya ditanya saudara  dari hal Muhammad katakanlah bahawaMunammad itu adalah pesuruh Allah dan utusanNya yang telah menyampaikan kepadakami segala keterangan dan tanda-tanda daripada Allah. Maka kami telah beriman dan menurut ajarannya, setelah selesai pemeriksaan berserahlah diri saudara kepada Allah yang MahaEsa yang memiliki Arasy yang Maha Besar.

Ketahuilah saudara bahawa mati itu benar, memasuki ke liang kubur itu benar, soalan Mungkar dan Nankir itu benar, dibangkitkan manusia itu untuk diperiksa amalannya adalah benar, melalui titi siratul mustaqim itu benar, balasan nikmat syurga dan pembalasan neraka itu semuanya benar belaka dan tetap akan berlaku dan bahawasanya Hari Kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi.Maka Allah akan menghidupkan semua sekalian manusia. Wahai saudaraku, selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkan saudara kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga dicucurkan rahmat dan keampunan ke atas saudara.

Ya Allah yang Maha Besar
Ya Allah yang Maha Kuasa
Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kurniakanlah limpah rahmatMu kepada saudara kami hambaMu ini. Ampunkanlah dosa dan kesalahannya dan ampunkan dosa dan kesalahan kami, wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Ya
Allah yang Maha Lemah Lembut, Ya Allah yang Maha Mendengar terimalah rayuan hambaMu yang lemah ini. Kami merayu dengan perasaan yang sedih dan hati yang penuh pengharapan serta berkat kemuliaan rasulMu, bahawa tidaklah kiranya mayat ini disiksa dan diazabkankan.

Aamen Ya Rabbal Alameen.

Wirid terpilih untuk Dhuyuf Al-Rahman
Kenangan-kenangan musim haji 1433H
Percetakan Warni Sdn Bhd.

Untaian kata-kata mutiara Imam Ali as.

Untaian kata-kata mutiara Imam Ali as.



1. Apabila kekayaan dunia menghampiri seseorang, maka berjatuhanlah kebaikan orang lain (di matanya) dan bila kekayaan dunia itu meninggalkannya, maka lenyaplah kebaikan dirinya.

2. Selemah-lemah orang adalah dia yang tidak sanggup mencari kawan, tetapi yang lebih lemah dari itu adalah dia yang menyia-yiakan kawan-kawan yang dimilikinya.

3. Barang siapa yang lambat ilmunya, tidak cepat pula nasabnya.

4. Setiap seseorang menyembunyikan sesuatu dalam hatinya, pasti akan terlihat pada getaran suara dan perubahan wajahnya.

5. Hilangnya sesuatu yang dibutuhkan, lebih gampang ketimbang mencarinya kepada orang yang bukan ahlinya.

6. Nilai setiap orang terletak pada sesuatu yang dipandangnya baik.

7. Tentang orang yang suka membual, Imam Ali as mengatakan, mereka itu adalah orang-orang yang bila berkumpul gampang dikalahkan, dan bila mereka bercerai-berai tidak bisa dikenali.

8. Alangkah mengherankan bila ada orang yang menghindari makanan kerana takut sakit, tetapi tidak menghindari dosa kerana takut neraka.
 
9. Ada empat hal yang bila keempatnya dimiliki seseorang, niscaya dia akan mudah mencapai cita-citanya; jangan berharap kepada siapa pun kecuali Tuhan, jangan takut apa pun kecuali terhadap dosa, jangan malu untuk mengatakan tidak tahu manakala dia tidak tahu dan jangan menyombongkan diri dengan mengatakan tahu apabila tidak tahu.

10. Hindarkanlah maksiat kepada Allah ketika kamu sendirian, sebab saksi adalah hakim.

11. Pujian lebih dari yang semestinya adalah menghancurkan, sedangkan mengurangi dari yang semestinya adalah kebohongan atau iri hati.

12. Saat berakhirnya kesulitan, di situ terdapat kemudahan dan sesudah menindihnya ujian, di situ terdapat kesenangan.

13. Barangsiapa memperbaiki hubungan dirinya dengan Allah, niscaya Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia; dan barangsiapa memperbaiki urusan akhiratnya niscaya Allah akan memperbaiki urusan dunianya; dan barangsiapa menjadikan diriNya sebagai penasihatnya, niscaya dia akan memperoleh pemeliharaan dari Allah.

14. Sepandai-pandai orang ialah orang yang tidak membuat manusia berputus asa dari rahmat Allah, tidak berputus asa dari memperoleh peunjukNya dan tidak membuat mereka aman dari siksa Allah.

15. Banyak sekali orang pandai yang dibunuh oleh kebodohannya, dan ilmu yang dimilikinya tidak memberi manfaat kepadanya.

16. Agungkan Khaliq dalam pandanganmu, niscaya makhluk akan menjadi kecil di depan matamu.

17. Seorang sahabat belum bisa disebut sahabat sejati sepanjang belum melindungi sahabatnya dalam tiga hal; ketika dia berada dalam kesulitan, ketika dalam berpergian dan ketika dia meninggal dunia.

18. Manusia itu terbagi tiga: Orang ’alim yang rabbani, orang yang belajar menuju jalan yang selamat, dan orang-orang hipokrit, yang mengikut ke mana angin bertiup dan tidak pernah mau mengambil manfaat dari cahaya ilmu dan tidak berpegang pada tiang yang kokoh.

19. Manusia itu pasti memusuhi sesuatu yang tidak dia ketahui.

20. Barangsiapa yang memaksa pendapatnya, pasti binasa; dan barangsiapa  meminta nasihat kepada orang lain, pasti memperoleh kawan dalam berfikir.

Wallahu ’alam.

Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Oleh Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd, Kuala Lumpur 1997.

As-Sabur

As-Sabur

Asma ul-Husna ke-99

As-Sabur ertinya Maha Penyabar Zat yang Sangat Sabar sebagaimana firmanNya bermaksud:
Dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
(Ali-Imran:146)

Zat Yang Sangat Sabar

As-Sabur berasal dari akar kata shabr yang ertinya menahan diri daripada mengungkapkan kesedihan yang menyelimutinya. As-sabur adalah Maha Sabar, yang kesabaranNya lebih besar dari sesiapa pun. Bulan Ramadhan disebut bulan kesabaran dan ketabahan lantaran ketika siang harinya, kaum mukmin menahan dirinya daripada mengikuti pada keinginan-keinginan.

As-Sabur tidak tergesa-gesa berbuat sesuatu secepat mungkin. Sebaliknya, Dia mengurus urusan-urusan menurut suatu ukuran. Dia memperlakukan mereka menurut sebuah rencanaNya yang tersusun baik; Dia tidak menghalangi mereka dari mencapai arahan-arahan mereka yang ditetapkan kerana kemalasan atau kelalaian ataupun Diamemajukan pelaksanaannya. Sebaliknya, Dia melakukan segala sesuatu tepat pada waktunya, dengan carasebaik-baiknya.

As-Sabur tidak terburu-buru untuk mengazab para penderhaka atau menghukum orang yang berbuat maksiat. Dia tidak berbuat sesuatu pun selain kerika itu merupakan kesempatan yang paling tepat lantaran kearifan, kemuliaan dan kelembutanNya. Dia tidak terganggu oleh orang-orang yang berbuat dosa. Dia mengambil orang-orang yang berbuat salah menurut waktu yang ditetapkan sebelumnya.

As-Sabur memerintahkan  dan memberhentikan orang-orang yang kepada mereka Dia turunkan perintahNya. Dia berbuat dan tidak tergesa-gesa, tidaklah Dia berbuat sesuatu secara prematur. Diamemerintahkan dan perintahNyamenurut kadar tertentu. Dia menangguhkan hukuman meskipun waktunya telah tiba.

Memiliki kesabaran yang tinggi

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh sembilan dengan bercermin padaAsma ul-Husna ialah memiliki kesabaran yang tinggi dan sekaligus ketabahan.

As-Shabur mengilhamkan kesabaran dan ketabahan kepada semua makhlukNya. Makna sifat as-Sabur sangat dekat dengan pengertian sifat al-Alim, ertinya Sangat Bijaksana.

Salah satu cerminan akhlak mulia seorang mukmin dalam menurunkan petunjuk moral dari inspirasi sifat as-sabur adalah ia menanamkan dalam dirinya makna-makna eloknya, sehingga ia bersabar dalam semua keadaan. Siapun yang mengevaluasi bagaimana Allah memperlakukan hamba-hambaNya, bagaimana Dia bersabar dalam menghadapi kekasaran dan kederhakaan manusia, ketika Dia terus memberi mereka istirehat satu demi satu, akan mempelajari bagaimana memperlakukan orang lain menurut petunjuk Ilahi dengan cara terbaik menurut kemampuannya.

Setiap kali kesabaran dilakukan berulang-ulang oleh seorang hamba Allah, ia menjadi kebiasaan, dan kemudian ia akan mengikuti hidayah Allah. Golongan manusia yang sabar akan didahulukan sebelum yang lainnya sebagaimana dalam ayat yang bermaksud;

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
(Ali Imran:17)

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Ar-Rasyid

Ar-Rasyid

Asma ul-Husna ke-98

Ar-Rasyid ertinya Allah Maha Pandai dan Bijaksana, Zat yang Memberi Petunjuk sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul.
(Al-Baqarah:186)

Maha Pandai dan Zat Yang Memberi Petunjuk

Sifat al-Rasyid berasal dari akar kata Rusyd, ertinya petunjuk, kesolehan dan kejujuran. Lawannya adalah penyimpangan dan kelicikan.

Ar-Rasyid dicirikan oleh kesempurnaan yang utuh, kearifan yang besar, petunjuk yang global. Dialah Zat yang pengaturannya atas semua masalah mencapai tujuan yang berjaya. Dia membimbing makhluk-makhlukNya dan mengarahkan mereka pada sesuatu yang terbaik bagi mereka. Dia membimbing mereka melalui kebijaksanaanNya terhadap pencapaian kesejahteraan mereka dalam kehidupan dunia ini dan kehidupan mendatang.

Ar-Rasyid adalah al-Mursyid, Zat yang mengilhamkan petunjuk nan lurus bagi mereka yang menaatiNya. Dia telah mengarahkan semua makhluk pada petunjukNya. Zat yang taliNya demikian kuat, yang perintahNya adalah bijaksana.

Pandai, bijaksana dan sentiasa menasihati

Merujuk kepada perkara ini makasifat manusia yang kesembilanpuluh lapan dengan bercermin padaAsma ul-Husna ialah pandai, bijaksana dan sentiasa gemar memberi nasihat dan bimbingan.

Jika seorang hamba Allah ingin berada di atas jalan yang benar, hendaknya sentiasa berpegang tegung pada sifat Allah ar-Rasyid dan mengamalkannya. Siapapun harus berhubungan dengan Tuhannya, dalam suatu cara di mana sepatutnya ia bersandar sepenuhnya.

Dengan demikian, semestinya serang hamba Allah sentiasa bersandar kepada Tuhannya, agar setiap kali masalah apapun mencabarnya, ia terus memohon pertolongan Allah kemudian menunggu isyarat hatinya yang akan menjawabnya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Al-Warits

Al-Warits

Asma ul-Husna ke-97

Al-Warits ertinya Allah Maha Membahagi dan Mewarisi, Zat yang kembali kepadaNya sekalian makhluk  sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan (hanya) kepunyaan Allahlah langit dan bumi, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-appa yang kamu kerjakan.
(Ali Imran:180)

Maha Membahagi dan Mewarisi

Al-Warits, Maha Suci Ia, tetap ada setelah  binasanya semua makhluk. Dia mewarisi (mempunyai) segala sesuatu setelah kehancuran setiap orang dan segala sesuatu. Dialah Maha Pewaris, iaitu hari ketika kita keluar dari kubur, ketika tiada suatupun yang tersembunyi dari sisi Allah.

Akar katasifat al-Warits adalah waratsa, ertinya mewarisi. Dia akan mewarisi semua makhluk setelah kehancuran mereka. Dialah satu-satunya Zat yang tetap ada di mana segala sesuatu amat bergantung kepadaNya. Dia berfirman bermaksud:

Dan sesungguhnya hanyalah Kami (dan tak seorang pun yang lain) yang menghidupkan dan mematikan dan Kami adalah satu-satunya yang mewarisi.
(Al-Hijr:23)

Mewarisi

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh tujuh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mewarisi apa sahaja yang menjadi bekalan hidup di dunia kepada ahli waris yang berhak menerimanya.

Apa yang hamba Allah miliki akan kembali kepadaNya; tidak ada sekutu bagiNya. Al-Warits adalah Zat yang kepadaNya semua keemilikan akan kembali setelah kematian para pemiliknya. Dialah Zat yang akan menyeru padari itu, Hari Keputusan.

Ramai orang secara salah mengira bahawa mereka memiliki sesuatu yang menjadi milik mereka sendiri, namun hakikatnya akan didedahkan di depan mata mereka pada Hari itu di mana kematian merampas segala-galanya termasuk benda-benda yang paling mereka sayangi.

Dengan meujuk dan berpedoman kepada sifat al-Warits ini, kita akan sentiasa terdedah untuk meninggalkan segala-galanya dan mewarisinya kepada generasi keturunan kita. Dan salah satu warisan yang berkekalan ialah warisan iman dan amal soleh.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Al-Baqi

Al-Baqi

Asma ul-Husna ke-96
 
Al-Baqi ertinya Allah Maha Kekal, Zat yang memiliki Kekekalan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahalaNya
(Thaha:73)

Zat Yang Memiliki Kekekalan

Al-Baqi adalah salah satu sifat Allah yang akar katanya adalah baqa’, lawan dari kebinasaan. Ia juga bermakna ketaatan kepada Allah dan mengharap ganjaran-ganjaranNya atau kedudukan kebaikan yang tak hilang-hilang.

Hakikat al-Baqi, Maha Suci Ia, terletak padawujudNya yang abadi di mana keabadian merupakan salah satu ciri-ciriNya. Dia Maha Ada, yang tetap ada selamanya, dari permulaan dan tiada akhirnya.

Kewujudan Allah tergantung pada kebaikannya sendiri. Ia tidak terkena kebinasaan apapun dan juga tidak disentuh oleh masa atau waktu. Dia yang mencukupi diriNya sendiri selama-lamanya tanpa ditentukan oleh lama atau barunya waktu.

Teguh memegang prinsip

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh enam dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah teguh memegang prinsip dan mempertahankan kebenaran walau sampai titisan darah penghabisan.

Nasib baik yang dapat dicapai seorang hamba Allah apabila ia sering mengingati sifat ini dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari adalah bahwa Yang Maha Kuasa akan menyingkapkan kepadanya fakta-fakta abadi dan akan menjadikannya melihat jalan-jalan kebinasaan, maka ia akan lari segera ke Baqi dan menghiasi akhlaknya dengan makna sifat-sifat dan petunjuk moralnya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Al-Badi’

Al-Badi’

Asma ul-Husna ke-95

Al-Badi’ ertinya Allah Maha Indah Tiada Bandingan, Zat yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
(Al-Baqarah:117)

Maha Indah Tiada Bandingan dan Menciptakan Yang Belum Wujud

Al-Badi’ adalah Zat Yang Maha Unik. Tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya dalam ZatNya, sifatNya atau perbuatanNya; Dia telah memanisfestasikan keajaiban-keajaiban yang telah Dia ciptakan sebagai isyarat yang paling indah akan kearifanNya. Dia telah menciptakan seluruh dunia kosmik tanpa (meniru) bentuk sebelumnya.

Badi’ errtinya pencipta, yang melakukan hal-hal baru, mewujudkan keberadaannya. Bid’ah ertinya sesuatu yang baru, suatu inovasi, hanya kerana tak seorang pun sebelumnya telah menciptakan atau mendukungnya. Allah adalah Pencipta, semua benda tanpa meniru bentuk sebelumnya. Dia tidak mempelajari penciptaan mereka dari sesiapapun. Dialah yang memulai penciptaan semua makhluk, sehingga Dialah Pencipta mereka, Zat yang memulai kewujudan mereka.

Yang Maha Kuasa, al-Badi’ telah menciptakan segala sesuatu tanpa  menggunakan sesuatu alat atau material apapun, tanpa dibatasi ruang atau waktu. Al-Badi’ telah mewujudkan benda-benda menakjubkan dari apa yang dilakukanNya dan bukti-bukti luar biasa dari kearifanNya.

Menjadi Inovasi dan Pembaharu

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh lima dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menjadi inovasi dan pembaharu.
 
Al-Badi’ adalah Zat Yang Mutlak yang tidak punya bandingan yang menyamaiNya dalam sifat-sifatNya, kearifanNya atau apapun yang terkait denganNya.

Apabila seorang mukmin mengulang-ulang sebutan sifat ini dan menghayatinya,  niscaya Allah akan memunculkan mata air kearifan yang mengalir dari lisannya, dia akan bijaksana dan menjadi orang yang sentiasa berinovasi dan pemikir yang memperbaharui sikap dan perbuatannya ke arah yang lebih cemerlang.

Wallahu ’alam.

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Al-Hadi

Al-Hadi

Asma ul-Husna ke-94

Al-Hadi ertinya Maha Pemberi Petunjuk, Zat yang Maha Pemberi Petunjuk sebagaimana firmanNya bermaksud:

Cukuplah Tuhanmu sebagai pemberi petunjuk dan penolong (bagi kamu)
(Al-Furqaan:31)

Maha Pemberi Petunjuk

Al-Hadi adalah hidayah, petunjuk yang ertinya menarik seseorang kepada sesuatu, seperti menarik hati seorang mukmin kepada al-Hadi, kepada Zat yang memberikan petunjuk tersebut. Bimbingan atau petunjuk ertinya membawa hati lebih dekat kepada Yang Maha Kuasa.

Petunjuk adalah jalan yang membawa kepada kebenaran dan akal sihat serta jalan yang anggun yang membawa seseorang kepada tujuan yang diharapkan. Dia memandu golongan khusus di kalangan hamba-hambaNya yang telah dipilihNya agar mengenali ZatNya, sedemikian sehingga mereka menyaksikan segala sesuatu melaluiNya. Dia membimbing golongan awam di kalangan mereka untuk menyaksikan makhluk-makhlukNya. Dia telah memandu segala sesuatu yang Dia ciptakan. Dia telah membimbing bayi untuk menghisap payudara ibunya, anak-anak burung untuk mematuk benih-benihNya dan lebah-lebah untuk membangun sarang madu mereka dalam bentuk sarang terbaik yang sesuai dengan tubuh-tubuh mereka.

Menyeru kepada kebaikan

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh  empat  dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menyeru kepada hidayah dan kebaikan, agar hati bersinar dan mendapat petunjuk.

Al-Hadi memberi petunjuk kepada ia yang bersalah untuk bertaubat dan mereka yang diberkati dengan pengetahuan kepada fakta-fakta berkaitan dengan kedekatan kepadaNya.

Al-Hadi menempati hati dengan kejujuran dan keadilan, tubuh-tubuh dengan kehidupan  dan kematian. Al-Hadi telah memberikan segala sesuatu bentuk-bentuk dan ciri-cirinya, dan Dia membimbing siapa yang Dia ciptakan kepada tujuan-tujuan di sebalik penciptaan mereka, kepada isu-isu yang terkait dengan kehidupan mereka di dunia ini dan kepada isu-isu yang terkait dengan keyakinan mereka, di samping segala sesuatu lainnya yang terkait dengan akhirat.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

An-Nur

An-Nur

Asma ul-Husna ke-93

An-Nur ertinya Allah Maha Pemberi Cahaya, Zat Maha Menerangi sebagaimana firmanNya bermaksud:

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran)madalah sebagai sebuah misykaat yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kacaitu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu ini dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu- dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (keranajernihnya) walaupun ia tidak disentuh api (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda); cahaya berlais cahaya Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan  berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An-Nuur:5)

Maha Pemberi Cahaya

Nur ertinya cahaya, segala sesuatu yang kemilau, cahaya, atau pantulan yang terjadi. Cahaya membantu penglihatan. Ada dua jenis cahaya; cahaya yang terkait dengan kehidupan dunia ini dan cahaya yang terkait dengan kehidupan akhirat. Pertama, sebut duniawi, juga ada dua jenis; cahaya yang dapat dilihat oleh akal, intelek; ia adalah cahaya Ilahi, cahaya akal, dari al-Quran suci. Jenis lainnya terkait dengan cahaya fizik yakni cahaya dari benda-benda yang memancarkan atau memantulkan cahaya seperti matahari dan bulan.

An-Nur adalah Zat Yang Maha Jelas yang telah memanifestasikan diriNya sepenuhnya. Zat yang jelas pada diriNya sendiri dan yang menjadikan segala sesuatu jelas dan terlihat disebut an-Nur yang mengeluarkan segala sesuatu dari ketiadaan dan kemudian menciptakan mereka.

An-Nur, Maha suci Dia, telah memenuhi dunia kita dengan cahaya dan menjelmakannya, yang menetapkannya sejak masa pra-keabadian, yang menerangi alam ruh melalui rasulullah saw, pemimin generasi pertama dan terakhir, dan Dia telah menerangi hati-hati melalui cahaya kita suciNya. Dia menerangi orang-orang, yang dilimpahi dengan pengetahuan, dengan cahaya manisfestasiNya. An-Nur telah menerangi hati-hati orang mukmin melalui keesaanNya dan kesedaran akan orang-orang yang mencintaiNya dengan bantuanNya kepada mereka. Dia memperindah penampakan dan menghidupkan jiwa-jiwa orang-orang soleh melalui ibadah mereka. Dia memandu hati-hati untuk lebih suka dan memilih apa yang benar, yang membimbing kesedaran terdalam secara diam-diam mengarah kepadaNya.

Bersinar segala kebaikannya.

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh tiga dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersinar atau menyerlah kebaikannya kerana berkat pantulan keimanan dan amal soleh yang dilakukan.

Ibn ’Abbas mengatakan bahawa erti Nur ini adalah bahawasanya Allah adalah Pembimbing para penduduk langit dan bumi dengan cahaya kebenaran; perumpamaan bimbinganNya dalam hati seorang mukmin laksana minyak murni yang bersinar bahkan sebelum api menyentuhnya. Oleh sebab itu, ketika api benar-benar menyentuhnya, ia mengintensifkan cahaya, maka ia mengintensifkan dan menambah cahaya kepada cahayanya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

An-Nafi’

An-Nafi’

Asma ul-Husna ke-92

An-Nafi’ ertinya Allah Maha Pemberi Manfaat, Zat yang memberi manfaat sebagaimana firmanNya bermaksud:

Apapun kebaikan yang datang kepadamu (wahai manusia) itu adalah dari Allah dan apapun kemalangan yang menimpamu, itu dari dirimu sendiri.
(An-Nisa’:79)

Maha Pemberi Manfaat

Al-Nafi’ adalah sumber faedah dan kebaikan bagi kehidupan  di dunia ini dan bagi keyakinan. Hanya Dia yang menganugerahkan kesihatan yang baik, kekayaan, kebahagiaan, petunjuk dan kesolehan. Dia mempermudah semuamakhlukNya manfaat dari yang Dia ciptakan untuk mereka. Dia telah memberi kemudahan jalan menuju kepadaNya bagi orang-orang yang ingin menempuhnya, yang menolong jiwa-jiwa melalui para nabiNya, yang memberi vitamin kepada tubuh melalui makanan, yang menjauhkan penyakit melalui ubat, yang menjauhkan musibah melalui kurnia dan kebaikan dan yang melimpahkan manfaat kepada setiap orang.

Ibn ’Abbas berkata,Suatu hari saya tengah duduk di belakang rasulullah saw yang kemudian bagindabertanya kepadaku: Hai anak muda, aku ingin mengajari beberapa petua (kebijaksanan): apabila engkau melindungi hak-hakmu padaAllah, niscaya Dia akan melindungimu; apabila engkau tetap memperhatikan hak-hak Allah terhadapmu, engkau akan menjumpaiNya (sebagai Zat) yang memeliharamu; apabila  engkau mempunyai suatu permintaan, maka mintalah kepadaNya jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan itu dariNya; dan camkanlah dalam pikiran bahawa seandainya semua orang berkumpul untuk mendapatkan manfaat darimu akan sesuatu, mereka tidak mampu berbuat demikian, selain pada apa yang telah Dia bahagikan untukmu, dan jika mereka semua berkumpul bersama untuk membahayakanmu, mereka tidak akan pernah mampu berbuat demikian kecuali jika Dia telah menitahkannya kepadamu; tinta-tinta telah mengering dan laut-laut telah dipindahkan.

Banyak memberi manfaat

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilan puluh dua dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah banyak memberi manfaat dan faedah kepada manusia lainnya dan alam sekitar.

An-Nafi’ adalah Zat yang dariNya segala sesuatu yang baik atau pun buruk terpancar; semuanya disandarkan kepada Allah dan dijalankan melalui para malaikat, manusia, benda-benda tak bernyawa atau melalui cara-cara lain.

Maka janganlah mengira bahawa racun, misalnya membunuh dengan sendirinya atau bahawa makanan dengan sendirinya memuaskan rasa lapar. Para malaikat, manusia, syaitan atau segala sesuatu yang ada seperti planet-planet atau benda-benda lainnya, di bawah kawalanNya; mereka tak mampu berbuat apa-apa selain apa yang telah Allah perintah kepada mereka.

Mereka semua, di samping kekuatan abadi, laksana sebuah pena yang ada di tangan penulis ketika dilihat oleh seorang yang buta huruf. Apabila seorang penguasa menandatangani perintah untuk menghukum atau mengganjari seseorang, pena yang ia pakai untuk menandatangani perintah seperti itu tidak dapat menyampaikan perbezaan di antara perintah yang satu dan perintah yang lainnya; atau di antara apa yang menimbulkan bahaya dan yang membawa manfaat.

Dengan bercermin pada sifat an-Nafi’ Allah, kita akan banyak memberi manfaat dalam kehidupan ini sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain dengan menanamkan akhlak dan etika yang baik.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Ad-Darr

Ad-Darr

Asma ul-Husna ke-91

Ad-Darr ertinya Allah Maha Pembuat Bahaya, Zat yang menyampaikan mudharat sebagaimana firmanNya bermaksud:

Katakan (olehmu wahai rasul Kami!) : Aku tidak berkuasa atas diriku sendiri untuk mendatangkan manfaat ataupun mudharat melainkan apa yang Allah kehendaki.
(Yunus:49)

Maha Pembuat Bahaya dan Mudharat

Ad-Darr bermakna bahaya, lawannya adalah naft’, ertinya manfaat.Allah adalah ad-Darr, yakni Zat yang memberikan bahaya kepada sesiaa pun yang Dia kehendaki. Dia menjadikan miskin sebahagian dari hamba-hambaNya atau menyebabkan mereka jatuh sakit menurut kebijaksanaanNya. Dengan begitu, Dia menentukan segala sesuatu, dan hanya Dia yang memfasilitasi segala bahaya sebagai suatu ujian dariNya yang dengannya. Dia membersihkan para pelaku dosa atau menundukkan salah seorang hambaNya kepada suatu ujian untuk meningkatkan kedudukannya.

Dia menetapkan bahaya kepada sebahagian hambaNya dan mewujudkan perintahNya melalui cara-cara tertentu. Dialah Yang Maha Bijak dalam setiap perbuatanNya, Yang Maha Bijak dalam setiap perbuatanNya, Yang Maha Penyayang dalam keputusanNya. Sekiranya Dia menitahkan bahaya, itu semata-mata demi kebaikan bersama dan apabila Dia menentukan suatu penyakit atau musibah, tiada lain itu merupakan pengubatan yang berguna dalam kehidupan di dunia ini dan akhirat.

Suatu ketika nabi Musa as mengadukan sakit gigi kepada Tuhannya, maka Yang Maha Kuasa menyuruhnya untuk menempelkan jenis tumbuh-tumbuhanan herbal tertentu pada tempat yang sakit, yang kemudian dilakukan olehnya. Sakit giginya pun sembuh. Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang sama kembali menyerangnya, maka ia pergi dan mengambil tanaman herbal yang sama dan menempelkannya, namun kali ini rasa sakit begitu kuat. Ia mengadu kepada Tuhannya, Ya Tuhan, bagaimana ini, penyakitku tidak sembuh?

Allah mengilhamkan kepadanya; Wahai Musa! Akulah Zat yang menyembuhkan dan yang mengurniakan kesihatan yang baik. Engkau datang kepadaKu pada kali pertama, maka Aku musnahkan penyebab penyakitmu, sedangkan sekarang engkau mendatangi tumbuhan ini dan bukannya datang kepadaKu.

Rasulullah saw berkata: Barangsiapa yang mengklaim bahawa Allah menganjurkan perbuatan salah dan dosa, maka ia berdusta tentang Allah. Dan barangsiapa yang mengklaim bahawa kebaikan dan keburukan adalah mungkin tanpa kehendak Allah, bererti mencabut Allah dari kekuasaanNya. Dan barangsiapa yang mengklaim bahawa dosa-dosa dilakukan tanpa kekuasaan Allah, bererti berkata dusta tentang Allah, dan barangsiapa berkata dusta tentang Allah, Dia akan melemparkannya ke dalam neraka.

Dalam hadis ini, kebaikan dan keburukan yang ia maksudkan masing-masing adalah kesihatan dan penyakit memandangkan ayat ini bermaksud,:

Kami mengujimu dengan keburukan dan (dengan) kebaikan (melalui) sebuah ujian
( Al-Anbiyaa:35)

Membuang Mudharat

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh satu dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah membuang dan memusnahkan apasahaja yang dapat mendatangkan mudharat dengan bercermin kepada ajaran Allah yang penuh  manfaat dan kemaslahatan.

Syeikh  Sayyid Baqir diriwayatkan pernah mengatakan ; Allah swt lebih pengasih kepada makhluk-makhlukNya daripada memaksa mereka berbuat  dosa kemudian menghukum mereka kerana melakukan demikian dan Allah lebih berkuasa daripada berkeinginan untuk melakukan sesuatu dan itu tidak terjadi.

Suatu ketika beliau ditanya apakah ada jarak antara paksaan dan nasib, maka Syeikh Sayyid Baqir menjawab: Ya, ada. Jaraknya lebih luas antara langit dan bumi. Beliau juga berkata, Tidak adapaksaan ataupun kebebasan yang tidak terbatas. Jalan terbaik adalah jalan yang ada di tengah-tengah. Ketika ia ditanya tentang jalan tengah itu, ia menjawab, Izinkan saya memberi satu contoh kepada anda:

Katakanlah anda mungkin melihat seseorang melakukan dosa. Anda berusaha mencegahnya namun ia menolak menghentikannya. Setelah itu anda meninggalkannya untuk melakukan dosa tersebut. Ketika ia tidak mendengarkanmu dan malahan berdegil berbuat dosa, itu tidak bererti bahawa anda sendiri telah mendorongnya untuk melakukan dosa itu.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Al-Mani’

Al-Mani’

Asma ul-Husna ke-90

Al-Mani’ ertinya Allah Maha Membela, Zat yang Menolak bahaya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Atau apakah mereka mempunyai tuhan-tuhan yang dapat melindungi mereka dari Kami?
(Al-Anbiyaa:43)

Maha Membela, Zat Yang Menolak Bahaya

Al-Mani’ adalah satu dari sekian sifat Allah yang berasal dari man’, lawan dari memberikan atau melimpahi. Ia juga bererti melindungi, menghentikan sesuatu dari gangguan dari yang lain atau satu kelompok manusia dari gangguan manusia lainnya. Kata ini digunakan untuk menjelaskan pertahanan sebuah rumah, benteng yang diperkuat dan lain-lain dari serangan musuh. Ia bererti melindungi dan menolong. Yakni, Dia memiliki kekuasaan untuk menghentikan sebab-sebab kebinasaan atau kekurangan dalam keyakinan dan tubuh. Dia mencegah keburukan dengan cara melindungi dan menjaga. Dia menghentikan pemberian kepada sesiapa sahaja yang Ia kehendaki untuk menguji atau untuk melindungi mereka. Dia memberi anugerah kehidupan kepada sesiapa sahaja yang Dia suka atau tidak, namun Dia tidak memberikan rahmat akhirat (rahim) selain kepada orang-orang yang Dia sukai.

Al-Mani’ melindungi dan menolong orang-orang yang menaatiNya dan Dia menghentikan sebahagian hambaNya dari melakukan sesuatu yang Dia tidak ingin mereka melakukannya ketika memberi apa yang mereka inginkan. Dia mencegah sebab-sebab kehancuran dan penyusutan dalam masalah-masalah yang terkait dengan keyakinan-keyakinan dan umat kerana apa yang Dia ciptakan berupa sebab-sebab bagi pemeliharaan mereka. Halangan dari sebab-sebab kebinasan dan pemeliharaan dari apa yang dibimbing melawan kepunahan merupakan matlamat (objective).

Al-Mani’ melarang kesulitan dari mencapai parawaliNya. Apabila Diamelarang penderitaan dari mencapai para sahabatNya, ini kerana kemurahan indahNya dan jika Dia melarang peberian kepada mereka, itu pun masih merupakan kurnia besar dariNya.

Menjadi Pembela

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menjadi pembela untuk menolak sebarang bahaya, terutamanya bahaya yang merosakkan keimanan.

Allah memberikan kesenangan-kesenangan kehidupan di dunia ini kepada orang-orang yang Dia cintai dan kepada orang-orang yang tidak Dia cintai, namun Dia tidak melindungi hati seorang hambaNya kecuali jika yang kedua termasuk dari salah satu waliNya.

Al-Mani’, Maha Pemberi, sekaligus Maha Menahan. Dia menunda pemberian kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan penundaanNya menganduni pemberian terselubung. Dia mampu menahan pemberian kekayaan melimpah kepada salah seorang hambaNya dan sebagai gantinya memberinya kesempurnaan dan kecantikan. Dia dapat mencabut dari seorang hambaNya kenikmatan kesihatan yang baik dan menjadikannya redha akan keputusanNya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Al-Mughni

Al-Mughni

Asma ul-Husna ke-89

Al-Mughni ertinya Allah Maha Pemberi Kekayaan, Zat yang Memberi Kekayaan tanpa had sebagaimana firmanNya bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haram sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah:28)

Maha Pemberi Kekayaan

Al-Mughni telah melimpahkan kurniaNya kepada para hambaNya secara melimpah dan memberikan pelbagai kemudahan kepada mereka dalam pencapaian tujuan dan maksud mereka serta pemenuhan keperluan mereka sehari-hari. Tidak  ada kemandirian selain bahawa Dia menjadikannya maujud. Dia memperkaya para sahabatNya (wali) dengan kekayaan cahayaNya, memudahkan bagi mereka yang berdiam di alam semesta mengakses kemudahan-kemudahan dan rezeki mereka melalui titahNya. Dia memperkaya setiap kebenaran yang Dia sediakan dalam suatu ukuran kerana Dia, dan hanya Dia, mengetahui rahsia-rahsianya, apa yang ghaib  mahupun yang nyata.

Bersikap Pemurah dan Pemberi

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelapanpuluh sembilan dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersikap pemurah, dermawan dan gemar memberi bantuan terutama kepada golongan yang memerlukan.

Sikap sebegini sebenarnya merupakan pengamalan daripada sifat-sifat al-Mugni iaitu pemberi kekayaan.Ini membuktikan bahawa kita memerlukan al-Mughni.

Orang yang percaya pada apa yang Allah miliki daripada percaya apa yang iasendiri miliki serta bersikap baik dalam memberikan kemurahan dan kasih sayang terhadap hamba-hamba Allah. Salah satu adab seorang mukmin berkaitan  sifat al-Mughni adalah ketika ia menyedariNya sebagai Zat satu-satunya yang bebas dari keperluan apapun, Zat yang memenuhi semua keperluan hamba-hambaNya, ia akan bersandar dan bertawakal kepadaNya dalam segala sesuatu dan merujuk kepadaNya dalam setiap masalah.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Al-Ghaniyy

Al-Ghaniyy


Asma ul-Husna ke-88

Al-Ghaniyy ertinya Allah Maha Kaya Raya, Zat yang Memiliki Kekayaan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Hai manusia, kalianlah yang perlu kepada Allah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya dan Maha Terpuji.
(Faatir: 15)

Allah Maha Kaya Raya

Sacara linguistik, ghina, akar kata al-Ghani, ertinya kemandirian yakni mampu mencukupi. Lawannya adalah faqr, miskin, berkeinginan, perlu, memerlukan. Kemandirian atau self-sufficiency memiliki banyak corak.

1. Tidak memiliki keperluan dan tak seorang pun yang bebas dari keperluan terhadap seseorang atau sesuatu selain Allah. Pengertian ini tercantum dalam ayat bermaksud:

Kepunyaannya adalah segala sesuatu yang ada di langit dan segala sesuatu yang ada di bumi. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya dan Maha Terpuji.
(Al-Hajj:64)

2. Jumlah keperluan seseorang itu sedikit atau terbatas yang diisyaratkan dalam ayat yang bermaksud :

Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan lalu Dia memberikan kecukupan.
(Adh-Dhuha: 8)

3. Apa yang disuarakan oleh segelintir orang yang jahil di antara orang-orang beriman yang mendakwa bahawa Allah itu miskin sementara mereka kaya. Kemudian Zat Yang Maha Memiliki semua kekayaan dan kemuliaan menjawab tuduhan mereka dalam ayat yang bermaksud:

Sebenarnya Allah itu miskin dan kami kaya. Pastilah Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan mereka membunuh paranabi tanpa alasan yang benar dan Kami akan mengata , Rasakanlah bagi kalian azab yang membakar.
 (Ali Imran: 181)

Al-Ghani tidak mempunyai keperluan pada diriNya sendiri atau dalam sifat-sifat atau perbuatan-perbuatanNya, pada siapapun atau pada apapun. Dia tidak memerlukan siapapun sementara segala sesuatu memerlukanNya.

Menganggap diri kaya

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusiayang kelapanpuluh lapan dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menganggap diri sendiri kaya dengan anugerah dan kurnia yang dilimpahkan Allah berupa kehidupan, rezeki dan keimanan.

Nabi saw diriwayatkan telah bersabda: Kekayaan bukanlah berlimpahnya segala sesuatu.Sebaliknya kekayan terdapat pada jiwa seseorang.

Tingkat tertinggi dari kekayaan adalah kebahagiaan, kepuasan dengan nikmat yang telah tersedia  di bumi. Oleh, sesungguhnya  kekayaan yang sebenar adalah perasaan bahagia dalam keimanan kepada Allah. Seseorang boleh jadi amat miskin namun ia mencuba tampil sebaik-baiknya di hadapan manusia. Perhatikanlah firman Allah yang bermaksud: ......orang-orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta (Al-Baqarah:273)

Oleh itu, sebagaimana Allah tidak memerlukan sesiapa pun selain diriNya sendiri, maka kita seharusnya tidak terlalu bergantung kepada makhluknya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Aj-Jami’

Aj-Jami’

Asma ul-Husna ke-87

Aj-Jami’ ertinya Allah Maha Mengumpulkan, Zat Yang  Mengumpulkan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya, Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(Ali Imran: 9)

Maha Mengumpulkan
Aj-Jami’ berasal dari jami’ akar katanya, yang bererti mengumpulkan, menyatukan atau menggabungkan. Hari perkumpulan adalah hari pengadilan. Ia disebut demikian kerana Allah akan mengumpulkan seluruh makhlukNya dari generasi pertama hingga generasi terakhir, dari golongan jin dan manusia, semua penduduk langit dan bumi dan setiap hamba Allah dan perbuatannya, setiap penindas dan yang ditindas dan setiap hamba Allah dan perbuatannya, setiap penindas dan yang ditindas, dan setiap nabi dan kaumnya. Dia juga akan menggabungkan antara ganjaran bagi mereka yang menaatiNya dan hukuman bagi mereka yang menderhakaiNya.

Berjemaah

Merujuk kepada perkara ini, makasifat manusia yang kelapanpuluh tujuh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah berjemaah dan bersatu padu dengan kaum muslimin, tidak bercerai berai yang  menyebabkan hilangnya kekuatan kaum muslimin.

Kalau dikatakan Allah itu bersifat Aj-Jami’, ertinya Maha Mengumpulkan, maka termasuk di antara makna mengumpulkan ialah menghimpun jemaah kaum muslimin di dalam satu barisan, yang disebut dengan Saf sebagaimana saf di dalam solat berjemaah di masjid.

Sesiapun yang berpengetahuannya sempurna dan akhlaknya baik berhak untuk disebut jami’. Atas alasan ini, seorang yang sempurna adalah orang yang tidak memadamkan cahaya kesolehan dengan cahaya pengetahuan.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Al-Muqsit

Al-Muqsit

Asma ul-Husna ke-86

Al-Muqsit ertinya Allah Maha Mengadili, Zat yang Sangat Adil sebagaimana firmanNya bermaksud:

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan.
(Ali Imran:18)

Maha Mengadili

Akar kata dari sifat ini, yakni qisth (keadilan atau kejujuran) adalah sebagai berikut:

1. Aqsatha ertinya keadilan yang terwujudkan
2. Qasatha ertinya menjadi tidak jujur atau tidak adil
3. Qasith merupakan orang yang zalim atau tidak jujur, seorang penindas
4. Muqsith adalah orang yang adil dalam keputusan atau ketetapannya.
5. Qisth ertinya bahagian, kesatuan atau jatah sesuatu
6. Qasithun kata benda pluralnya adalah orang-orang yang menyimpang dari keadilan.

Jujur dan adil dalam semua perkara

Merujuk kepada perkara ini maka sifat manusia yang kelapanpuluh enam dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah berlaku adil dalam semua perkara.

Penerapan keadilan dengan mengambil sesuatu yang telah diperolehi seseorang secara tak sah dan mengembalikannya kepada pemiliknya yang sah. Ertinya seseorang diberi bahagiannya sendiri yang halal.

Al-Muqsit adalah Yang Maha Kuasa, yakni Zat yang jujur dan adil dalam semua keputusan dan ketetapannya, yang mengurus setiap makhluk menurut sebuah sistem. Al-Muqsit muncul untuk menyelamatkan orang-orang tertindas dan menegakkan keadilan.

Kesempurnaan dalam melakukan hal demikian merupakan fakta bahawa Dia mengabulkan permohonan orang-orang tertindas. Takutlah kepada Allah, kerana Ia akan menegakkan keadilan pada hari pengadilan kelak.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

ad2

Chord dan Lirik

Explore Indonesia

Broker Kripto

Tempo Doeloe

Olahan Makanan

Ulasan Film

Keimanan dan Keyakinan

Top Bisnis Online

Tips dan Trik