Trading dan Investasi
ad1
Iklan Gratis
Puisi Dua Duka yang Berbeza
Belajar Islam
September 17, 2024
Piool.com - Duka nestapa
perihal dunia
tiadalah
sebanding
dengan azab
di alam sana
di dunia
sering kali
sementara
permainan hidup
belaka
menguji dan
mencuba
utuh lemahnya
jiwa
Duka nestapa
di alam sana
entah bagaimana
kerana belum
tiba rasa
namun dalam
mushaf telah tertinta
betapa berat
tanggungjawabnya
Tiadalah upaya
kami
untuk menghadapi
dan mengalami
azab pedih yang
tak terperi
kupohon
Kautuntun kami
berada di
jalanMu, ya Ilahi.
Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016
Cara Agar Diterimanya Amal Soleh
Belajar Islam
September 17, 2024
Sebelum beramal kita harus sangat bertanya; bagaimana kita barusan. Niat
yang menentukan. Qobla subuh, tahiyatul masjid dan solat subuh sama dua rakaat
yang membezakan ialah niatnya. Ketika sedang beramal berusaha keras agar tidak
belok niat kita. Jangan sampai ada kesenangan dengan pujian makhluk dibanding
dengan ingin diterima oleh Allah.
Dan jikalau sudah selesai beramal, hati-hatilah. Jangan sampai merasa
inilah jerih payah saya. Ini adalah perjuangan. Ini adalah kegigihan saya.
Tidak ada kalau sudah selesai. Cuma satu saja, min fadli rabbi. Semua ini
hanyalah kurnia Allah,untuk menghilangkan rasa berjasa.
Mari kita berusaha sekeras mungkin sekuat tenaga untuk menghilangkan rasa
berjasa, rasa sudah berbuat, rasa sudah berjuang, rasa sudah berkorban kerana
yang adalah kurnia Allah saja.
Semakin kita merasa ini jerih payah kita sendiri maka semakin hilang
pahalanya. Tapi semakin merasa bahawa semua kurnia apapun hanyalah kemurahan
Allah. Semoga semakin utuh ganjarannya.
Jangan mengingat-ingat jasa dan kebaikan. Jangan menyebut-yebutnya. Dan
jangan menuntut orang lain membalas kebaikan kita. Kita terpilih bisa berbuat
baik pun sudah nikmat yang luar biasa. Semoga Allah selalu menyedarkan kita
untuk menjaga hati sebelum, sedang dan sesudah beramal.
Amiin ya Robbal alamin.
KH Abdullah Gymnastiar.
Tak kala azan berkumandang
Belajar Islam
September 17, 2024
Piool.com - Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu
banjiran air mata nabi Adam as yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahterakanlah bumi
kerana terangatnya taubat. Rasulullah saw bersabda: Kalau kamu tahu apa yang
aku tahu maka kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Bukankah nabi
pernah juga bersabda: Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.
Menangislah sekarang sebelum menangis di kemudian hari.
Menangislah wahai diri, agar senyuman banyak di kemudian hari kerana engkau
belum tahu, nasibmu di puak kanan atau di puak kiri.
Di sana lembaran sejarahmu dibuka satu persatu,
menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat
rasulullah saw yang dikasihi Tuhan. Menangislah seperti saidina Umar yang
selalu memukul dirinya dengan berkata: Kalau
semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.
Tanyalah orang-orang yang soleh mengapa dia tidak berhibur:
Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di
hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhatian
kami ialah Allah.
Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling
agung, Allah sedang menantimu di [intu taubatNya. Pulanglah padaNya….dan menangislah
untukNya. Menangis untuk menagih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya
menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya.
Sabda rasulullah saw : Ada dua titisan yang Allah cintai,
pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana
takutkan Allah. Semoga Allah merahmati serta memberkati perjalanan hidup kita
untuk bertemu denganNya. Ameen.
YouTube
Azan sedih….anda mungkin menangisLayanan Ar-Ridha as
Belajar Islam
Januari 21, 2018
Maka berkatalah beliau: Mengapa
aku harus memisahkan diri? Tuhan Tabaraka wa Ta’ala itu satu, ibu umat manusia
satu, ayah mereka pun satu, sedangkan pembalasan (di akhirat) tergantung pada amal
perbuatan.
Kepala pelayan beliau
mengatakan: Apabila salah seorang di antara kami sedang makan, maka Abul Hasan as
tidak akan menyuruhnya mengerjakan sesuatu sampai dia selesai makan.
Wallahu ‘alam.
Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 1997
Nasib bahasaku
Belajar Islam
Januari 21, 2018
Tertanya pada diri
berbaloikah aku merungut benci
pabila bahasaku digaul semahu hati
konon atas nama modernisasi.
nasib bahasaku semakin parah
direncah sesedap rasa
konon demi menyatu warga
berdekah sinis sipenjual rojak.
Sang pencinta
melepas batuk di pentas debat
sang pejuang terluka
pekik sayupnya tak didengar
sang pujangga
urusan perut tak pernah selesai.
Salah siapa
bahasaku kini kehilangan peribadi
merempat di bumi sendiri
siapakah ambil peduli.
Bahasaku
menyusur hilang dalam terang
apakah dapat ditawar lagi.
Mohd Salleh Osman
Putrajaya
Mingguan Malaysia
31 Dis 2017
Doa Imam Sajjad as ( 6 )
Belajar Islam
Januari 21, 2018
Allahumma ya Allah, jadikanlah apa yang dimasukkan oleh
setan ke dalam hatiku berupa angan-angan, prasangka dan dengki, menjadi ingatan
akan kebesaranMu dan tafakur atas kemahakuasaanMu dan rancangan siasat menghadapi
musuhMu. Dan ubahlah apa yang berani aku ucapkan pada lidahku berupa kata-kata
yang keji, rancu, mencerca kehormatan orang, kesaksian palsu, membicarakan
keburukan orang yang tak ada di tempat atau mencela orang yang hadir atau yang
serupa itu, menjadi ucapan yang berisi pujian kepadaMu, tenggelam dalam pujaan
kepadaMu, terus-menerus mengagungkanMu, bersyukur atas nikmatMu, mengakui
kebaikanMu dan menghitung-hitung pemberianMu.
Aameen.
Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 1997