Trading dan Investasi

ad1

Iklan Gratis

Tampilkan postingan dengan label Petikan Akhbar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Petikan Akhbar. Tampilkan semua postingan
Sekitar Info Pencapaian UPSR 2017 – pencapaian peringkat nasional

Sekitar Info Pencapaian UPSR 2017 – pencapaian peringkat nasional


Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

Bil
Indeks Jisim Badan (BMI)
Bil Murid
Peratus
1
Normal
268,314
63.4
2
Berisiko berat berlebihan
56,584
13.4
3
Berat berlebihan
56,584
13.4
4
Kurang berat badan
40,347
9.5

Jumlah
423,539


Data Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Menengah Malaysia (SEGAK)

Bil
Tahap Kecergasan Fizikal
Bil Murid
Peratus
1
Kecergasan sangat tinggi
40,957
9.5
2
Kecergasan tinggi
368,101
38.8
3
Cergas
189,929
43.9
4
Kurang cergas
27,031
6.2
5
Tidak cergas
3,644
0.8
6
Tidak melengkapkan Ujian Segak
3,259
0.8

Jumlah
432,921


Analisis Tahap Penguasaan Minimum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Bil
Pencapaian Calon
2017
2016
Beza
1
Semua A
8958
2.1%
4896
1.1%
4062
1%
2
Maksimum 1B
10957
2.5%
8345
0.9%
2612
0.6%
3
Minimum 2B
32298
7.5%
35.752
8.1%
-3454
-0.6%
4
Minimum 1C
89201
20.7%
91366
20.7%
-2165
0%
5
Minimum 1D
152100
35.3%
152825
34.7%
-725
-0.6%
6
Minimum 1E
130027
30.2%
137262
31.1%
-2856
-0.7%
7
Semua E
6663
0.5%
9519
2.2%
-2856
-0.7%
8
Lain-lain kombinasi
603
0.1%
817
0.2%
-214
-0.1%

Nota

Pencapaian Calon
2017
2016
Beza
Pencapaian minimum
293514
68.1
293184
66.5
330
1.6%
 



Sumber:
Harian Metro

24 Nov 2017

Graduan buta terima anugerah pingat emas

Graduan buta terima anugerah pingat emas

Sintok – Cacat penglihatan dan pernah tercicir dari sekolah rendah tidak menghalang seorang gadis kelahiran Sabah, Harziah Khalid Yunis untuk menempa  kejayaan sehingga dikurniakan Anugerah Pingat Emas Canselor sempena Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia, Sabtu lalu.

Lebih membanggakan apabila graduan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian berusia 26 tahun itu menamatkan pengajian setahun lebih awal berbanding rakannya dengan memperolehi Ijazah Kelas Pertama.

Harziah berkata, hanya  usaha yang membezakan dirinya dengan insan biasa yang lain keranabeliau percaya kekuatan akal mampu membantu menggerakkan anggota badan yang lain untuk mengejar kejayaan.

Sejak pertama kali saya sampaikan ke UUM, perkara paling utama yang saya tekadkan ialah saya mahu berjaya. Dengan itu saya tidak boleh merungut terhadap kekurangan diri sendiri kerana iaadalah kunci kepada kegagalan, katanya ketika ditemui pemberita pada majlis konvokesyen tersebut.

Ketika  ditemui, anak kedua daripada lima beradik itu berkata, beliau perlu berusaha duakali ganda lebih daripada rakan-rakannya yang normal kerana perlu mengambil mata pelajaran yang lebih untuk menghabiskan pengajian lebih awal.

Ketika menceritakan keadaannya waktu sekolah rendah, Harziah berkata, beliau tercicir dalam persekolahan apabila masalah penglihatan menghalang daripada belajar asas membaca dan menulis dengan betul.

Ketika itu saya sempat masuk sekolah tahun satu, tetapi tidak mampu nak belajar apa-apa. Selama dua tahun saya tidak bersekolah, namun selepas itu rakan ibu saya bawa saya ke Sekolah Pendidikan Khas sewaktu berusia 10 tahun dan kemudian barulah saya boleh belajar dengan betul, katanya.

Harziah yang kini bertugas sebagai Pembantu Am di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata, dia amat bersyukur  apabila sudah memperoleh pekerjaan memandangkan golongan Orang Kurang Upaya sepertinya agak sukar untuk diterima bekerja.

Wallahu ’alam.

Sinar Harian

24 Nov 2017

Jangan merasa kerdil! Melayu bangsa hebat! ( Bahagian 2)

Jangan merasa kerdil! Melayu bangsa hebat! ( Bahagian 2)

Identiti

Cikgu Azmi menceritakan hasrat beliau untuk memartabatkan bangsa Melayu sebagai bangsa yang hebat itulah yang mencetuskan inspirasinya untuk memperjuangkan bahasa dan budaya Melayu itu ke seluruh dunia tanpa merasa rendah diri berbanding bangsa-bangsa lain. Beliau tidak pernah merasa kekok berpakaian cara orang Melayu Islam kerana Tuhan menjadikan manusia pelbagai bangsa dan adat resam yang memiliki keunikan masing-masing agar mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Ketika ditanya, sejak bilakah cara berpakaian tradisi kemelayuan ini menjadi identitinya, Cikgu Azmi menceritakan beliau sudah mengamalkannya sejak zaman persekolahan lagi sehinggalah sekarang tanpa merasa malu sedikit pun.

“Selesa memang selesalah berpakaian begini. Tapi cara saya berpakaian ini ada membawa mesej keyakinan diri sebagai bangsa Melayu,” katanya yang mengagumi pemikir-pemikir Melayu seperti Pendeta Zaaba, Profesor Dr. Hamka, Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan Profesor Syed Hussein Al-Attas.

Kepada anak-anak, Cikgu Azmi menyatakan beliau turut menyampaikan mesej halus melalui cara berpakaian begini supaya mereka ada keyakinan diri sebagai bangsa Melayu yang hebat.

“Mesejnya, jangan merasa kerdil. Melayu itu hebat! Saya yakin dengan budaya dan tradisi Melayu. Bangsa Melayu luar biasa adabnya dan berfikir secara asli. Kembalilah kepada akar tradisi Melayu,” katanya yang ketika ditemui sedang membuat persiapan terakhir Misi Food Flotillaf for Myanmar anjuran bersama Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan MAPIM.

Sebanyak 14 negara, antaranya Belanda, Perancis, Arab Saudi, Indonesia, United Kingdom dan Turki, telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Misi Food Flotilla for Myanmar.Misi yang dijangka memakan masa selama 20 hari ini bakal disertai 235 delegasi terdiri daripada sukarelawan tempatan dan antarabangsa serta petugas-petugas media. Cikgu Azmi turut menyeru agar orang Melayu kembali kepada akar tradisi kemelayuannya supaya nasib bangsa ini tidak terjadi seperti tragedi yang menimpa bangsa Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq dan Rohingya yang sedang bergelora dan ditindas di tanah air sendiri. Katanya, transformasi perlu dilakukan supaya anjakan paradigma bangsa Melayu dapat dilonjakan.

“Kita tidak mahu jadi bangsa yang hilang akar umbinya. Kalimah yang baik ibarat sepohon pokok yang baik. Akarnya kuat menujah bumi dan dahannya menjulang ke langit. Inilah Melayu yang mempunyai kekuatan akar tradisi,” katanya berfalsafah mengingatkan bangsa Melayu supaya kekal dengan identiti kemelayuan.

Namun, Cikgu Azmi menyatakan malangnya akibat kelalaian sendiri bangsa Melayu masih tercari-cari identiti dan jati diri sedangkan segala kekuatan itu sudah dimiliki melalui ajaran agama Islam yang suci.

“Inilah akibatnya apabila tiada pedoman dan pegangan hidup. Kita senang diracun akarnya. Kita terpaksa berpaut di dahan yang rapuh. Akhirnya, kita sudah hilang cara mendidik anak. Hilang berbudi bahasa lalu disinonimkan dengan bangsa yang lemah akibat kehilangan akar umbinya.
“Ini bertepatan sekali dengan kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas: “Satu tragedi mencari sesuatu yang sudah ada tetapi tidak bertemu kerana mencari benda yang salah,” katanya memetik kata-kata ahli falsafah dan cendekiawan Melayu terbilang itu sebagai renungan bersama.

Beliau turut berpesan supaya bangsa Melayu jangan hanya mementingkan kedudukan dan kemewahan diri sendiri sebaliknya berpegang kepada kekuatan Islam, kebangsaan (bangsa Melayu), kewatanan (tanah air) dan keumatan (ummah) yang bertunjangkan persaudaraan sesama Islam, bangsa dan insan (kemanusiaan) untuk menjadi bangsa yang berjaya dan dihormati dunia.

Wallahu ‘alam.

SahidanJaafar                                                                                                                                            Pencetus inspirasi                                                                                                                                      Mingguan Malaysia                                                                                                                                  5 Februari 2017

Jangan merasa kerdil! Melayu bangsa hebat! ( Bahagian 1)

Jangan merasa kerdil! Melayu bangsa hebat! ( Bahagian 1)

“Kita tidak mahu jadi bangsa yang hilang akar tradisinya!”

“Kita tidak mahu jadi bangsa yang hilang akar tradisinya!”

Cara penampilan beliau yang dianggap unik, berbaju Melayu, bersongkok dan berkain pelekat bukan sahaja dianggap tokoh istimewa di negara ini malah turut mendapat perhatian masyarakat dunia. Itulah keistimewaan Datuk Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang masih mempertahankan identiti kemelayuannya biar ke mana saja beliau pergi. Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi tetap merasa bangga berpakaian Melayu tradisional meskipun pernah beberapa kali dihalang memasuki dewan persidangan akibat salah faham pihak urus setia.

Pada tahun 1989, Cikgu Azmi berpeluang menghadiri konvensyen bertajuk World Peace in Cultural Diversity (Keamanan Dunia Dalam Kepelbagaian Budaya) di Tokyo, Jepun. Jemputan khusus atas kapasiti beliau sebagai Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) yang disandang. Sejurus tiba, beliau terus dihalang oleh beberapa orang pengawal keselamatan bertugas daripada memasuki dewan persidangan di sebuah hotel dengan alasan tidak berpakaian formal, berkot, bertali leher dan berkasut hitam.Mohd Azmi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi dimaklumkan cara berpakaiannya (berbaju Melayu, bersongkok, berkain pelekat dan berselipar) tidak termasuk dalam tata etika berpakaian ahli-ahli persidangan antarabangsa.Seorang urus setia bertugas lantas bertanyakan Cikgu Azmi sama ada beliau diundang atau tidak bagi menghadiri majlis persidangan dunia tersebut?

“Saya kata kepada urus setia, saya dijemput khas untuk bentang kertas kerja. Mengapa pula saya dilarang masuk? Kamu sebenarnya yang tak faham erti tajuk persidangan ini: ‘Keamanan Dunia Dalam Kepelbagaian Budaya’. Inilah sebab dan puncanya mengapa dunia tak pernah aman.

“Kamu memaksakan orang lain supaya mengikut kehendak budaya bangsa lain. Situasi ini samalah satu dunia semuanya hendak diseragamkan. Semuanya hendak dijadikan satu acuan. Kami sebenarnya amat memahami akan kepelbagaian ini. Saya megah dengan apa yang saya ada,” cerita Cikgu Azmi ketika mengimbau pengalaman semasa menghadiri persidangan antarabangsa di Tokyo 28 tahun lalu.

Bagaimanapun, akhirnya Cikgu Azmi dibenarkan masuk dan membentangkan kertas kerjanya setelah berjaya meyakinkan pihak urus setia yang terkeliru dengan penampilannya yang unik.Beberapa tahun lalu sekali lagi Cikgu Azmi dijemput untuk membentang kertas kerja berhubung isu etnik Rohingya yang dizalimi dan dinafikan haknya di bawah junta tentera Myanmar di Geneva, Switzerland anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kali ini beliau dijemput atas kapasitinya sebagai Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang diterajuinya. Sekali lagi Cikgu Azmi tampil dengan identitinya berpakaian baju Melayu, bersongkok dan berkain pelekat ketika berucap. Tepukan bergemuruh bergema sebaik-baik sahaja Cikgu Azmi mengakhiri ucapannya yang berterus terang mengutuk tindakan ganas junta tentera di Myanmar yang tidak berperikemanusiaan terhadap etnik Rohingya yang tertindas.
Malah,ada perwakilan dari negara-negara lain yang hadir di persidangan dunia itu bangun memberikan penghormatan kepada Cikgu Azmi yang mewakili suara lantang dari Malaysia itu.Para perwakilan sebenarnya bukan saja kagum dengan ucapan Cikgu Azmi yang berterus terang itu tetapi juga cara berpakaian beliau yang unik dan luar biasa itu.

“Selepas berucap ada antara delegasi yang terkejut dan ada yang kagum melihat cara saya berpakaian begini (bersongkok, berkain pelekat dan berbaju Melayu). Saya tetap megah dan yakin dengan identiti saya, Melayu hebat!” ucapnya penuh keyakinan.

Wallahu ‘alam.


SahidanJaafar                                                                                                                                           Pencetus inspirasi                                                                                                                                    Mingguan Malaysia                                                                                                                                
5 Februari 2017

ad2

Chord dan Lirik

Explore Indonesia

Broker Kripto

Tempo Doeloe

Olahan Makanan

Ulasan Film

Keimanan dan Keyakinan

Top Bisnis Online

Tips dan Trik